Lama
dah tak blebel…. Hari ni berasa nak blebel panjang skit…. Biarlah orang
tak suka baca pun…. Kalu takdok orang baca, saya baca sendiri… Gitulah
sokmo-sokmo pun.
Sebagai ayah, kita kena tegas dengan anak… Jangan manjakan sangat… Saya memang garang dengan anak-anak… Pantang silap sikit, marah terus sampai habis keluar segala ayat jampi serapah… Tapi masalahnya, setiap kali saya marah, anak-anak saya pakat gelak… Hahaha… Bertuah punya anak.
Begitu juga, kalau saya blebel, ramai orang suka dengar…. Kalau saya cerita hal serius bab agama, ramai pulak orang marah.... Kalau saya buat lawak bab politik, ada yang lagi menyampah.
Ingat dok, ada iklan dalam tv dulu, Santokh Singh kata : “Cuti sekolah ni, ramai orang balik kampung. Saya pun nak balik kampung. Hari-hari di padang bola pun, jemu juga! Berhati-hatilah ketika memandu di jalanraya”.
Santokh Singh pun pandai jemu kalau tiap-tiap hari main bola…. Ini kan pulak saya, jemu jugak kalu nak cerita hal politik je 365 hari setahun…. Sekali sekala nak jugak cerita bab lain… Naik bosan dengan kerenah orang politik pun, ya juga…. Saya terus-terang je cakap, yang banyak buat kerenah ialah PAS dengan UMNO je….. PKR dengan DAP ni, bukan lah saya nak puji, tapi memang nak puji pun…. Dua parti ni tak banyak menyusahkan orang lain…. Kalau dia nak berperang ke, baling kerusi ke, tumbuk meja ke, itu antara mereka sesama mereka ahli parti sama sendiri je, tidaklah sampai menyebabkan pihak lain mendapat susah akibat soal dalaman parti….. PAS dengan UMNO ni lain, kerjanya memang suka menyusahkan orang.... UMNO banyak menyusahkan rakyat, PAS banyak menyusahkan pakatan rakyat.... Lebih kurang lah tu.
Dulu kan, masa saya gi Mekah wat umrah, masa tu 4-5 hari lepas PRU 2008…. Masa di Madinah, pagi tu lepas makan sarapan breakfast pagi (saya guna istilah ‘makan sarapan breakfast pagi’ sebab saya makan banyak), ada masa free sikit, saya pun macam biasa lah, hobi saya suka merayap seorang diri…. (Bini aku tahu sangat perangai aku yang ni…. Tiba-tiba hilang je).
Saya berjalan di kawasan kedai-kedai, niat di hati nak beli jubah…. Sampai depan kedai, ada seorang pak chik Arab tegur saya… “Indonesia wa Malaysia?” Saya jawab, “Malaysia.” Dia pun, macam biasalah, “Masya Allah, Malaysia… Malaysia baguuuus!” Sambil angkat ibu jari…. Dalam hati saya kata, kalau saya jawab saya orang Indonesia pun, dia cakap Indonesia bagus jugak.
Masa tu saya belum reti cakap arab lagi… Memang tak pandai sungguh… Yang saya tahu, ana, anta, kemudian adalah dua tiga ayat Qur’an yang pendek-pendek, macam ‘wattiini wazzaittuuni’, tahu lah saya, demi buah tin dan buah zaitun… wa tuurisiina wa haazalbaladil amiin…. Dan gunung Sinai dan negeri yang aman damai…. Itu je lah yang saya tahu.
Itu dulu lah… Sekarang, saya tetap istiqamah, memang tak pandai-pandai lagi cakap Arab.
Lepas tu datang 2 orang lagi kawan dia… Salah seorang dengan muka agak suspen tanya saya, “Abdullah Ahmad Badawi..? Anwar Ibrahim..?” [Maksudnya dia tanya saya penyokong Pak Lah atau Anwar].
Saya jawab dengan yakin : “Anwar Ibrahim.”
Bila saya jawab gitu je, orang-orang Arab tu pun, “Anwar Ibrahim…? Masya Allah… Alhamdulillah! [lepas tu, bla bla bla dia bercakap Arab sama dia]… masya Allah..! masya Allah…! Anwar Ibrahim, baguuus!”
Punya lah suka puak-puak Arab ni bila saya sebut Anwar Ibrahim…. Siap angkat tangan tadah ke langit mengucapkan syukur…. Yang kawan dia sorang lagi tu peluk saya kemas betul, sampai susah saya nak bernapas…. Bayangkan, orang jantan yang peluk, tak best langsung… Rimas.
Ada lagi, dua orang muda dari dalam kedai tunjuk ibu jari kat saya, sambil kata dengan kuat (sebab saya berdiri jauh sikit dari kedai dia] : “Anwar baguuus! Anwar Ibrahim, bagusss!”
Kemudian saya masuk ke dalam kedai, saya beli jubah putih sepasang… Saya terus tukar baju kat situ jugak…. Orang muda Arab tu hulurkan kain serban (serban rasmi Arab Saudi yang warna merah-putih tu lah), saya kata tak nak… Rupa-rupanya dia nak bagi free… Lepas dia tolong pakai serban atas kepala saya, dia bagi pulak siga yang bulat warna hitam tu, dia letak atas kepala saya… “Khalas! Khalas!” Kata dia… Saya ingat dia sebut halal… Hahaha! (Balik Malaysia baru tengok kamus… ngeee!)
Lepas tu, saya tengok dalam cermin…. Peeergh! Hensem giler… Sebijik macam Yasir al-Qahtani, pemain bolasepak Qatar… (kalau saya kelentong, korang bukan tahu pun)….
Tuan kedai tu, orang muda Arab tu lah, bukan main dia dua orang puji saya, kata saya baguuuus! Tiba-tiba, cupp! Orang Arab tu cium pipi saya, lepas tu dia dua orang pakat gelak…. Baser sungguh, saya berasa seriau sampai ke labu betis.
Tu lah nak cerita… Anwar Ibrahim punya pasal, saya dapat jubah dan siga free, tapi terpaksa menerima ciuman dari bibir orang Arab yang macam ulas limau Tambun…. Eiiii, seriau aku.
Sekarang dah nak masuk musim hujan…. Boleh dikatakan nat-nat petang hujan…. Bila hujan turun, jalanraya pun jem….. Pelik sungguh orang-orang….. Belum hujan pun lagi, baru nampak langit gelap berarak mendung kelabu, jalan dah jem dah…. Bila hujan turun, jem lagi teruk…. Masa belum hujan, boleh juga pandu 9 km/jam, tapi masa tengah hujan lebat, kelajuan sudah bertukar kepada 9 jam 1 kilometer…! Lepas hujan berhenti, lagi teruk…. Jalanraya dah jadi macam tempat parking.
Saya suka hujan, tapi saya tak suka kalau jalan jem…. Dalam hidup saya, ada dua bunyi yang saya sangat suka mendengar… Iaitu bunyi air hujan jatuh atas atap zink, dan bunyi injin bot pukat tangkul nak keluar ke laut di waktu pagi-pagi buta…. Dua bunyi itu cukup tenang dan amat sentimental bagi saya... Bunyi yang mendamaikan perasaan saya.
Bayangkan, tengah hujan lebat, kereta mengingsut macam kura-kura, tengah ralit dengar lagu Ahmad Jais dengan Rafeah Buang dalam radio, tiba-tiba saya terpandang kereta di lorong kanan…. Huh, seksinya awek sebelah, muka tak lah lawa mana, tapi dia punya dressing, pergh! Ringkas dan padat... Lelaki yang pandu kereta tu pun boleh tahan hensemnya…. Kira-kiranya, markah kurang sikit je pada saya…..
Mula-mula saya hairan tengok, apahal sekelamin dalam kereta sebelah ni, dua-dua muka serius semacam je…. Saya bawak Navara, jadi tinggilah sikit, kereta sebelah Toyota Vios…. Saya tengok sekali lagi, laaa…. Tangan lelaki tu tengah gosok peha awek kat sebelah dia…. Huh, tension betul aku.
Hari makin gelap, hujan makin lebat, langit memancar kilat, jalanraya makin sesak…. Bila lamunan terhenti, sedar-sedar, tangan kiri saya tengah gosok peha sendiri......

No comments:
Post a Comment