

| Kenyataan SKM |
| Peringatan Umum Mengenai Skim Pelaburan Bercirikan Skim Cepat Kaya |
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati terdapat beberapa koperasi yang pada masa ini sedang giat menjalankan kempen menambah keanggotaan dan skim pelaburan yang kononnya menjanjikan pulangan tetap secara mingguan, bulanan dan tahunan. Pihak berkenaan mendakwa pelaburan yang dibuat adalah terjamin kerana koperasi-koperasi berkenaan telah pun berdaftar dengan SKM dan dijamin oleh kerajaan Malaysia. Di antara skim pelaburan yang diwar-warkan ialah Coop-Shope, perladangan, perhotelan dan produk kesihatan. SKM mendapati sasaran utama kempen tersebut adalah kakitangan kerajaan, pelajar-pelajar IPTA/IPTS dan masyarakat umum. Melalui ruangan ini SKM mengingatkan kepada orang ramai khususnya pelajar-pelajar IPTA/IPTS supaya berwaspada dan berhati-hati sebelum menyertai sebarang skim pelaburan yang diwar-warkan kerana ianya bercirikan Skim Cepat Kaya. SKM tidak pernah memberikan sebarang sokongan atau kelulusan di atas pelaksanaan kempen keanggotaan dan skim pelaburan oleh mana-mana koperasi. |
No comments:
Post a Comment