Tuesday, January 25, 2011

Berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan-Irfan Khairi

Saya minat sangat menonton Discovery channel (Astro 551). Banyak sungguh yang boleh dipelajari. Hari tu, ada satu rancangan ni mengenai haiwan, menyebut satu quote berbunyi…

Survival is not necessarily to the strongest and intelegent, but to the species that can adapt and adjust to changing circumstances


Lebih kurang, maksudnya, untuk sesuatu spesis tu terus hidup, tak semestinya ia paling kuat, hebat dan pandai… tetapi, pada kebolehannya berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang bertukar.

Sebenarnya, istilah ini juga boleh diaplikasikan dalam perniagaan dan motivasi.



Chameleon adalah haiwan yang boleh mengubahkan warna kulitnya mengikut keadaan


Tak semestinya sesuatu perniagaan tu hebat, besar, dan kuat akan berjaya dalam apa jua keadaan. Kalau ekonomi jatuh, perniagaan sebegini pun boleh jatuh juga. Tetapi, perniagaan yang lebih fleksibel, dan boleh bertukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi, adalah perniagaan yang akan survive!

Tahun lepas banyak perniagaan yang mengalami kegagalan. Namun, banyak juga yang mencapai kejayaan dalam keadaan ekonomi meleset. Apa yang dilakukan oleh perniagaan yang terus berjaya adalah kebolehan mereka adaptasi pada keadaan sekeliling.

Dalam perniagaan, be flexible. Berubah dan sesuaikan perniagaan dengan keadaan. Jangan constant (sama sahaja) apabila dalam keadaan dan persekitaran yang berbeza. Berubah untuk kebaikan

Perniagaan kecil-kecilan mempunyai satu advantage yang hebat, iaitu mudah untuk berubah dan mudah untuk lebih fleksible berbanding perniagaan besar-besaran.


Thanks Discovery channel!

No comments:

Post a Comment