Friday, November 14, 2014

Bebel Abe Awang Malaya

Lama dah tak blebel…. Hari ni berasa nak blebel panjang skit…. Biarlah orang tak suka baca pun…. Kalu takdok orang baca, saya baca sendiri… Gitulah sokmo-sokmo pun.
Sebagai ayah, kita kena tegas dengan anak… Jangan manjakan sangat… Saya memang garang dengan anak-anak… Pantang silap sikit, marah terus sampai habis keluar segala ayat jampi serapah… Tapi masalahnya, setiap kali saya marah, anak-anak saya pakat gelak… Hahaha… Bertuah punya anak.
Begitu juga, kalau saya blebel, ramai orang suka dengar…. Kalau saya cerita hal serius bab agama, ramai pulak orang marah.... Kalau saya buat lawak bab politik, ada yang lagi menyampah.
Ingat dok, ada iklan dalam tv dulu, Santokh Singh kata : “Cuti sekolah ni, ramai orang balik kampung. Saya pun nak balik kampung. Hari-hari di padang bola pun, jemu juga! Berhati-hatilah ketika memandu di jalanraya”.
Santokh Singh pun pandai jemu kalau tiap-tiap hari main bola…. Ini kan pulak saya, jemu jugak kalu nak cerita hal politik je 365 hari setahun…. Sekali sekala nak jugak cerita bab lain… Naik bosan dengan kerenah orang politik pun, ya juga…. Saya terus-terang je cakap, yang banyak buat kerenah ialah PAS dengan UMNO je….. PKR dengan DAP ni, bukan lah saya nak puji, tapi memang nak puji pun…. Dua parti ni tak banyak menyusahkan orang lain…. Kalau dia nak berperang ke, baling kerusi ke, tumbuk meja ke, itu antara mereka sesama mereka ahli parti sama sendiri je, tidaklah sampai menyebabkan pihak lain mendapat susah akibat soal dalaman parti….. PAS dengan UMNO ni lain, kerjanya memang suka menyusahkan orang.... UMNO banyak menyusahkan rakyat, PAS banyak menyusahkan pakatan rakyat.... Lebih kurang lah tu.
Dulu kan, masa saya gi Mekah wat umrah, masa tu 4-5 hari lepas PRU 2008…. Masa di Madinah, pagi tu lepas makan sarapan breakfast pagi (saya guna istilah ‘makan sarapan breakfast pagi’ sebab saya makan banyak), ada masa free sikit, saya pun macam biasa lah, hobi saya suka merayap seorang diri…. (Bini aku tahu sangat perangai aku yang ni…. Tiba-tiba hilang je).
Saya berjalan di kawasan kedai-kedai, niat di hati nak beli jubah…. Sampai depan kedai, ada seorang pak chik Arab tegur saya… “Indonesia wa Malaysia?” Saya jawab, “Malaysia.” Dia pun, macam biasalah, “Masya Allah, Malaysia… Malaysia baguuuus!” Sambil angkat ibu jari…. Dalam hati saya kata, kalau saya jawab saya orang Indonesia pun, dia cakap Indonesia bagus jugak.
Masa tu saya belum reti cakap arab lagi… Memang tak pandai sungguh… Yang saya tahu, ana, anta, kemudian adalah dua tiga ayat Qur’an yang pendek-pendek, macam ‘wattiini wazzaittuuni’, tahu lah saya, demi buah tin dan buah zaitun… wa tuurisiina wa haazalbaladil amiin…. Dan gunung Sinai dan negeri yang aman damai…. Itu je lah yang saya tahu.
Itu dulu lah… Sekarang, saya tetap istiqamah, memang tak pandai-pandai lagi cakap Arab.
Lepas tu datang 2 orang lagi kawan dia… Salah seorang dengan muka agak suspen tanya saya, “Abdullah Ahmad Badawi..? Anwar Ibrahim..?” [Maksudnya dia tanya saya penyokong Pak Lah atau Anwar].
Saya jawab dengan yakin : “Anwar Ibrahim.”
Bila saya jawab gitu je, orang-orang Arab tu pun, “Anwar Ibrahim…? Masya Allah… Alhamdulillah! [lepas tu, bla bla bla dia bercakap Arab sama dia]… masya Allah..! masya Allah…! Anwar Ibrahim, baguuus!”
Punya lah suka puak-puak Arab ni bila saya sebut Anwar Ibrahim…. Siap angkat tangan tadah ke langit mengucapkan syukur…. Yang kawan dia sorang lagi tu peluk saya kemas betul, sampai susah saya nak bernapas…. Bayangkan, orang jantan yang peluk, tak best langsung… Rimas.
Ada lagi, dua orang muda dari dalam kedai tunjuk ibu jari kat saya, sambil kata dengan kuat (sebab saya berdiri jauh sikit dari kedai dia] : “Anwar baguuus! Anwar Ibrahim, bagusss!”
Kemudian saya masuk ke dalam kedai, saya beli jubah putih sepasang… Saya terus tukar baju kat situ jugak…. Orang muda Arab tu hulurkan kain serban (serban rasmi Arab Saudi yang warna merah-putih tu lah), saya kata tak nak… Rupa-rupanya dia nak bagi free… Lepas dia tolong pakai serban atas kepala saya, dia bagi pulak siga yang bulat warna hitam tu, dia letak atas kepala saya… “Khalas! Khalas!” Kata dia… Saya ingat dia sebut halal… Hahaha! (Balik Malaysia baru tengok kamus… ngeee!)
Lepas tu, saya tengok dalam cermin…. Peeergh! Hensem giler… Sebijik macam Yasir al-Qahtani, pemain bolasepak Qatar… (kalau saya kelentong, korang bukan tahu pun)….
Tuan kedai tu, orang muda Arab tu lah, bukan main dia dua orang puji saya, kata saya baguuuus! Tiba-tiba, cupp! Orang Arab tu cium pipi saya, lepas tu dia dua orang pakat gelak…. Baser sungguh, saya berasa seriau sampai ke labu betis.
Tu lah nak cerita… Anwar Ibrahim punya pasal, saya dapat jubah dan siga free, tapi terpaksa menerima ciuman dari bibir orang Arab yang macam ulas limau Tambun…. Eiiii, seriau aku.
Sekarang dah nak masuk musim hujan…. Boleh dikatakan nat-nat petang hujan…. Bila hujan turun, jalanraya pun jem….. Pelik sungguh orang-orang….. Belum hujan pun lagi, baru nampak langit gelap berarak mendung kelabu, jalan dah jem dah…. Bila hujan turun, jem lagi teruk…. Masa belum hujan, boleh juga pandu 9 km/jam, tapi masa tengah hujan lebat, kelajuan sudah bertukar kepada 9 jam 1 kilometer…! Lepas hujan berhenti, lagi teruk…. Jalanraya dah jadi macam tempat parking.
Saya suka hujan, tapi saya tak suka kalau jalan jem…. Dalam hidup saya, ada dua bunyi yang saya sangat suka mendengar… Iaitu bunyi air hujan jatuh atas atap zink, dan bunyi injin bot pukat tangkul nak keluar ke laut di waktu pagi-pagi buta…. Dua bunyi itu cukup tenang dan amat sentimental bagi saya... Bunyi yang mendamaikan perasaan saya.
Bayangkan, tengah hujan lebat, kereta mengingsut macam kura-kura, tengah ralit dengar lagu Ahmad Jais dengan Rafeah Buang dalam radio, tiba-tiba saya terpandang kereta di lorong kanan…. Huh, seksinya awek sebelah, muka tak lah lawa mana, tapi dia punya dressing, pergh! Ringkas dan padat... Lelaki yang pandu kereta tu pun boleh tahan hensemnya…. Kira-kiranya, markah kurang sikit je pada saya…..
Mula-mula saya hairan tengok, apahal sekelamin dalam kereta sebelah ni, dua-dua muka serius semacam je…. Saya bawak Navara, jadi tinggilah sikit, kereta sebelah Toyota Vios…. Saya tengok sekali lagi, laaa…. Tangan lelaki tu tengah gosok peha awek kat sebelah dia…. Huh, tension betul aku.
Hari makin gelap, hujan makin lebat, langit memancar kilat, jalanraya makin sesak…. Bila lamunan terhenti, sedar-sedar, tangan kiri saya tengah gosok peha sendiri......

Thursday, November 1, 2012

Bisnes Iklan



Bisnes  Iklan
Menguntungkan
Lebih  Hebat  Jika  Ada  Diskaun !!!

Kekuatan mengiklan produk dan perkhidmatan sering diabaikan oleh usahawan kita.
·         Menjadikan bisnes lambat berkembang dan terhad di satu-satu kawasan, negeri atau negara sahaja.
·         Kurang keyakinan diri ke atas produk dan perkhidmatan yang disediakan
·         Kalau produk saya tidak diiklankan bagaimana orang nak tahu ???   Itu saolan yang sepatutnya bermain difikiran kita…
·         …dan banyak lagi

Tidak dinafikan iklan memerlukan KOS yang kadangkala sangat tinggi atau mahal dan tempoh masa yang panjang untuk sesuatu iklan adalah penting untuk menjadi ‘jenama’ yang mudah diingati atau popular..iklan aljabbar..kfc..Mcd dan sebagainya antara contoh iklan yang berjaya…tetapi semuanya menelan kos jutaan ringgit..


Hari ini satu pendedahan pengiklanan yang menguntungkan semua pihak menjadi pilihan popular, bukan sahaja kos yang mampu tetapi juga boleh menjana pendapatan diluar jangkaan…



CARANYA:
Langkah Pertama: Tempah Iklan (RM150 sahaja) melalui kami untuk dipaparkan dalam web yang mempunyai ribuan ahli yang semakin meningkat. Mereka diwajibkan untuk melihat iklan anda setiap hari.

Langkah Kedua: Anda diwajib melihat iklan ahli lain setiap hari. Dengan memilih paparan iklan ahli lain, anda akan dibayar dengan kadar tertentu ( 2% - 10% )

Langkah Ketiga: Anda digalakkan memperkenalkan konsep ini kepada orang lain dan akan dibayar insentif (RM40/RM150).




Langkah Keempat: Jika ahli dan rangkaian anda berkembang, anda layak menerima tambahan insentif dari setiap penyertaan mereka.


BERAPA BANYAK PENDAPATAN YANG BOLEH SAYA DAPAT DENGAN CARA INI ??

Rujuk Pelan Pemasaran dan Penaja Anda:
Jumlahnya bergantung kepada kemahuan, kerajinan dan keyakinan anda.
Anda akan dapat DUA sumber pendapatan:
1-     Dari iklan produk anda – pertambahan pelanggan
2-     Dari Insentif Pelan Pemasaran kami hasil anda perkenalkan kepada orang lain.

(BISNES INI TERBUKA KEPADA SEMUA SAMADA ADA BISNES ATAU TIDAK – ANDA BOLEH MUATKAN KEPERLUAN ANDA, HOBI, KONTRAKTOR, CARI RUMAH SEWA, CARI KENDERAAN. KATERING, CARI JODOH, JUAL LEMBU, UPAH HAJI, CARI KERJA, HOMESTAY, DAKWAH, TIUSYEN, PENGUMUMAN DAN  ATAU SEBAGAINYA)

HUBUNGI KAMI UNTUK
KETERANGAN LANJUT
(20 HINGGA 30 MINIT SAHAJA)













www.ajclubmembers.com

Wednesday, March 2, 2011

Motivasi

Keratan dari Berita Harian: Irfan Khairi cetus revolusi perniagaan Internet
Mengimbau langkah pertamanyamenceburi perniagaan, Irfan Khairi berkata, ia bermula sejak pengajiannya dalam bidang reka bentuk multimedia di Unioverti Staffordshire United Kingdom (UK) dengan berniaga secara kecil-kecilan. Selain itu beliau bekerja sambilan sebagai tukang cuci di pasaraya Kwik Save di UK untuk mengumpul wang bagi membeli buku dan menghadiri bengkel motivasi serta perniagaan di negara itu sepanjang 2 tahun pengajian.
rev_paper_ik.jpg
Jika mahu berniaga, tidak perlu tunggu hingga dapat sarjana pengurusan perniagaan baru hendak mulakan perniagaan, malah semasa pengajian boleh mula kumpul pengalaman dengan berniaga secara kecil-kecilan dikalangan rakan.
Ilmu perniagaan juga tidak kurang pentingnya, sebab itu saya bekerja sebagai tukang cuci selama 2 jam setiap hari dengan upah kira-kira RM7 mengikut kadar pertukaran wang sekitar 1997-1998 bagi membeli buku dan menghadiri bengkel. - katanya
Antara pendedahan yang memberi kesan terhadapnya menerusi pembacaan dan bengkel dihadiri diluar negara, Irfan Khairi berkata adalah prinsip Pereto Rule 80/20 yang berdasarkan strategi 80% hasil dan 20% usaha.
Prinsip itu, katanya, memberi penekanan mengenai jujur terhadap diri sendiri dengan melakukan perkara yang diminati serta pengurusan masa berkesan kerana jika tidak, apa yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu sesorang itu akan meluangkan lebih masa berusaha iaitu 80% dan hanya mendapat 20% hasil….
ps: Sekiranya anda ingin pelajari kaedah bagaimana membawa minat anda menjadi perniagaan di Internet, dan menggunakan tips dan strategi terkini dalam melipatgandakan pendapatan, sertai saya di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet bulan April nanti di KLCC Convention center, Kuala Lumpur. Klik di sini untuk maklumat lanjut.  Tempat semakin terhad.

Saturday, February 26, 2011

Rahsia kelebihan perniagaan online berbanding offline




Peluang Perniagaan Internet di EdyMart dan Melihat dan Memilih Produk

Contoh Tshirt Muslimah





Salam sejahtera kepada usahawan, samaada bakal usahawan ataupun bakal jutawan.

Saya akan bentangkan konsep prasarana yang cuba di tonjolkan dalam Edymart.

Kita seringkali di uja oleh kenyataan yang menyatakan 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.

Dalam konteks ini, EdyMart tidak terkecuali terpanggil dengan pengujaan tersebut.

Lawat laman web EdyMart:



Bagaimanapun, Sebelum kita pergi lebih jauh konsep perniagaan melalui edymart ini, adalah lebih baik kita meninjau bagaimana pengoperasian perniagaan secara konvensional dijalankan.

Secara umumnya pengoperasi  sesuatu perniagaan , berlaku di mana pengilang telah meletakkan nilai tambah yang kemudiannya  di pasarkan kepada pengguna…

Dalam aliran pergerakan produk, pihak-pihak yang terlibat adalah, pengimport, cawangan2, pemborong, pengedar dan peruncit-peruncit.

Persoalan pertama, apakah nilai harga yang terbaik boleh di berikan kepada pengguna? Jika produk tersebut telah melalui beberapa tahap di mana setiap peringkat telah mengambil keuntungan yang sehingga menyebabkan harga produk itu meningkat…

EdyMart kurangkan tahap pengambilan untung:
http://edymart.com/daftar-pengedar/index.php?ref=bestmart

Dalam kontex pemasaran pula, kita semua sedia maklum fomula yang mudah, lebih ramai pembeli akan memberikan lebih banyak keuntungan oleh  peruncit .

Persoalan kedua, seramai mana peruncit mampu menerima pelanggan yang ramai dengan saiz kedai yang kecil.

Mampukah peruncit tersebut  menyediakan satu ruang kedai  untuk berjuta-juta pengguna dalam satu masa dengan kos yang rendah?

Bagaimana kita boleh dapatkan produk yang kosnya rendah dan menjualnya dengan harga yang murah tetapi masih dengan keuntungan yang seajarnya.  Juga ditekankan bagamaina untuk memasarkan produk kepada pelanggan seramai mungkin dengan kos pemasaran yang murah.

EdyMart mengurangkan kos pemasaran:
http://edymart.com/daftar-pengedar/index.php?ref=bestmart

Dengan kata lain, bagaimana kita nak menjual lebih kepada lebih orang dengan kurang kos dengan menggunakan masa yang sedikit…

Jawapannya…kita memerlukan teknologi…
Dari sinilah tercetusnya idea kelahiran konsep yang di bawa oleh edymart….
Edymart pada umumnya cuba untuk berkongsi perniagaan, berkongsi keuntungan dan berkongsi kejayaan…

Melalui edymart kita telah mengurangkan tahap2 pengaliran produk dengan hanya meninggalkan pengimport, pengedar dan pengguna.

Malahan edymart juga menyediakan prasarana perniagaan melalui internet di mana pengedar tidak memerlukan kedai dan tidak perlu menyimpan stok.

Sila klik link di bawah untuk lihat pelbagai kelebihan menjadi Pengedar Edy Marketing.

Lawat laman web EdyMart:
http://edymart.com/daftar-pengedar/index.php?ref=bestmart

Iklas dari,
CHE HAMZAH  CHE IBRAHIM
Pengedar Edy Marketing.

Wednesday, February 23, 2011

Peringatan SKM Kepada Umum Mengenai Skim Pelaburan Bercirikan Skim Cepat Kaya











Kenyataan SKM
Peringatan Umum Mengenai Skim Pelaburan
Bercirikan Skim Cepat Kaya
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati terdapat beberapa koperasi yang pada masa ini sedang giat menjalankan kempen menambah keanggotaan dan skim pelaburan yang kononnya menjanjikan pulangan tetap secara mingguan, bulanan dan tahunan. Pihak berkenaan mendakwa pelaburan yang dibuat adalah terjamin kerana koperasi-koperasi berkenaan telah pun berdaftar dengan SKM dan dijamin oleh kerajaan Malaysia.
Di antara skim pelaburan yang diwar-warkan ialah Coop-Shope, perladangan, perhotelan dan produk kesihatan. SKM mendapati sasaran utama kempen tersebut adalah kakitangan kerajaan, pelajar-pelajar IPTA/IPTS dan masyarakat umum.
Melalui ruangan ini SKM mengingatkan kepada orang ramai khususnya pelajar-pelajar IPTA/IPTS supaya berwaspada dan berhati-hati sebelum menyertai sebarang skim pelaburan yang diwar-warkan kerana ianya bercirikan Skim Cepat Kaya.
SKM tidak pernah memberikan sebarang sokongan atau kelulusan di atas pelaksanaan kempen keanggotaan dan skim pelaburan oleh mana-mana koperasi.

Sudirman dan Rahsia kematiannya 19 tahun yang lalu ?










Penghibur nombor satu meninggal kerana kegagalan hati bukan Aids :

KELUARGA Allahyarham Sudirman membuat keputusan untuk 'menyembunyikan' Penghibur Nombor Satu Negara itu mengenai penyakit dan punca kematiannya kerana tidak mahu peminat sukar menerima hakikat mengenai keadaannya yang sangat menyedihkan.

Walaupun ia menyebabkan timbul pelbagai andaian sehingga ada yang mengaitkan Sudirman menghidap penyakit Aids, tetap mereka tegas untuk tidak mendedahkan kepada umum mengenai punca penyakit dan kematian penyanyi itu.

Rakan karib Sudirman yang juga penulis lirik terkenal tanah air, Habsah Hassan berkata, bagaimanapun, sejak kebelakangan ini keluarga penyanyi itu seperti sudah bersedia untuk bercerita dan merungkai rahsia sebenar mengapa mereka bertindak 'menyorokkannya'.

"Selepas bertahun-tahun, barulah rahsia itu terungkai. Keluarganya tidak mahu mendedahkan atau memberi peluang masyarakat Malaysia melihat Sudirman pada waktu itu kerana mereka tidak mahu melihat keadaan sebenar Sudirman yang sangat menyedihkan. Mereka sudah biasa tengok Sudirman dalam sentiasa ceria dan 'cute'.

"Secara perubatan, Sudirman disahkan mati kerana kegagalan hatinya berfungsi dengan sempurna. Tapi sebenarnya, ada punca kematian yang tidak boleh dijelaskan secara perubatan kerana pada waktu itu, Sudirman sedang menghadapi pelbagai perkara aneh.

"Saya akui, ia juga disebabkan ajalnya memang sudah sampai. Tetapi Sudirman melalui banyak perkara misteri dan mistik yang sukar untuk dipercayai pada zaman moden ini. Tetapi hakikatnya itulah yang dihadapi oleh Sudirman sehingga membawa kepada kematian," katanya.

Habsah berkata demikian ketika menjadi tetamu siri Pesona Seni Aswara - Mengenang Sudirman: Program Kecil Berjiwa Besar di Dewan Orkestra, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), baru-baru ini.

Program yang dilancarkan oleh Ketua Pengarah Aswara, Datuk Omar Awang itu menampilkan Mohd Kamarulzaman Taib sebagai moderator.

Habsah berkata, berdasarkan keakrabannya dengan penyanyi itu, beliau mendapati Sudirman ialah seorang pemerhati, ada pandangannya sendiri, memiliki ilmu dan pengetahuan am yang sangat baik.

Katanya, hal ini boleh ditemui menerusi kebanyakan lagu nyanyiannya kerana itu ia menjadikan Sudirman satu-satunya penyanyi yang berani tampil dengan lagu mencakupi pelbagai tema kehidupan.

"Saya secara peribadi berasakan apa yang dibuat oleh Sudirman belum boleh digantikan oleh penyanyi sekarang. Saya bukanlah hendak melebihkan Sudirman kerana rapat dengan Allahyarham, tetapi anda boleh kaji sendiri lagu nyanyiannya, tulisannya, komik yang pernah dihasilkannya. Anda akan dapat apa saja daripada soal isu semasa, kerjaya, kemasyarakatan sehinggalah kepada soal hati.

"Memang soal hati amat mengusik perasaan kerana Sudirman yang saya kenali lebih daripada seorang yang romantis," katanya.

Katanya, Konsert Jalanan yang dibuat oleh Sudirman pada tahun 1984 adalah konsert terbesar yang berjaya menarik lebih 100,000 orang untuk menyaksikannya dan ia adalah antara bukti penyanyi itu mempunyai kesungguhan dalam kerjayanya.

"Untuk memastikan konsert itu berjaya, dia tidak menyerahkan semua urusan 100 peratus kepada orang lain. Sebab itu, Sudirman menguruskan banyak perkara termasuklah mendapatkan permit polis," katanya.

Habsah berkata, Sudirman juga tidak menafikan dia bukanlah seorang penyanyi yang mempunyai suara berkualiti, fizikalnya pendek dan tidak tampan seperti kebanyakan penyanyi lain dan itu semua dianggap dirasakan sebagai kekurangan pada dirinya.

Katanya, Sudirman juga sangat berani dalam menentukan lagu yang hendak dirakamkan dalam albumnya tanpa mempedulikan sama ada ia boleh diterima oleh peminat dan pendengar.

"Sudirman seorang yang tidak kisah sama ada peminat mahu terima atau tidak. Baginya, sebagai penyanyi, bukan masyarakat yang berhak menentukan pilihan lagu yang hendak dinyanyikannya. Sudirman berasakan dia yang berhak tentukan dan memang banyak lagunya berjaya.

"Seingat saya, Sudirman adalah satu-satunya penyanyi di negara ini yang berani bercakap pasal patriotik. Dialah penyanyi yang merakamkan album yang semua lagunya bertemakan patriotik.

"Dia bukan sekadar seorang yang tidak takut mencuba tapi memang tidak takut untuk buat. Dan, Sudirman juga penyanyi yang ada jati diri cukup kuat. Dia buat album lagu Melayu seperti deli, joget, asli. Sememangnya dia seorang berfikiran jauh seolah-olah tahu dan yakin dia tidak hidup lama," katanya.

Tambahnya lagi, Sudirman juga mahu membuktikan sesuatu iaitu sekiranya dia sudah tiada di dunia tetapi namanya tidak mudah dipadamkan dalam sejarah kerana penyanyi ini meninggalkan jejak yang sukar diganti.

"Dia seorang yang kerja kuat. Mungkin pelik tetapi untuk mendapatkan tenaga, Sudirman suka makan telur mentah," jelas Habsah lagi.

Dalam diskusi itu, Mohd Kamarulzaman atau Che' Kem yang kini dikenali sebagai Tunku Abdul Rahman dalam filem 1957: Hati Malaya, mengemukakan beberapa persoalan kepada Habsah berhubung dengan beberapa seni kata tulisannya yang cukup menyentuh jiwa apabila dinyanyikan oleh Sudirman seperti lagu Terasing, Merisik Khabar, Jauh Di Sudut Hati dan Salam Terakhir.

Mengulas perkara itu, Habsah menjelaskan, dia menulis seni kata secara tidak dirancang dan kebanyakannya disiapkan pada saat akhir iaitu ketika Sudirman sedang bersiap sedia untuk memulakan rakaman suara.

"Misalnya lagu Terasing. Lagu dan melodinya sudah disiapkan oleh Manan Ngah. Dia dan Sudirman sudah berada di studio untuk memulakan rakaman. Manan juga sudah menyiapkan liriknya tetapi Sudirman menolak. Manan kemudian menghubungi saya minta tulis lirik untuk Sudirman.

"Saya rasa dalam masa tidak sampai dua jam, lirik Terasing disiapkan dan Sudirman terus merakamkannya. Tapi disebabkan keakraban saya dengan dia menjadikan sedikit sebanyak memang boleh memahami perasaannya," katanya.

Tambah Habsah, keakraban itu menjadikan Sudirman dianggap sebagai adiknya dan penyanyi itu sering bercerita mengenai harapan, impian dan cita-cita serta bebas menelefon pada bila-bila masa saja.

"Nasib baik suami sudah memahami sangat hubungan saya dengan Sudirman. Ada suatu ketika dia menelefon saya dalam keadaan sedih, sayu dan menangis. Dia memang berterus terang dengan apa yang tersimpan di hatinya. Saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan suruh dia bersabar dan banyak beristighfar.

"Lagu Merisik Khabar dinyanyikan Sudirman dengan penuh perasaan kerana liriknya memang satu luahan dalam dirinya pada waktu itu," katanya.